SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Terdetik dalam hati.Ketika hampirnya Maulidur Rasul di Mesir ini kebanyakan kedai yang menjual manisan begitu banyak di Mesir.Tidak ketinggalan juga patung kanak kanak turut dijual pada kedai tersebut.Agak menghairankan tapi itulah situasi di Mesir apabila masuknya bulan Rabiul Awwal.Mungkin ada maksud yang tersirat disebalik amalan tersebut.Sekadar berkongsi pengalaman yang mungkin sahabat-sahabat lain lebih mengetahui sebab-sebabnya.sambutan ini yang mungkin berbeza dengan situasi masyarakat kita di malaysia yang mana apabila masuk sahaja bulan Rabiul Awwal di surau-surau sibuk membaca berzanji selepas maghrib hingga ke isyak sehingga malam yang ke 12.Yang paling menyeronokkan sekali ada makan selepas itu.Itulah satu sebab yang utama kanak-kanak suka ke surau ketika itu disamping ada yang dipaksa untuk mengikuti ayah atau emak ke surau.Apabila berhimpun kanak-kanak disurau maka terjadi taska baru yang tiada guru.Suara riuh rendah yang kadang kala dijeling oleh ayah dan ibu.Balik rumah siaplah anak-anak mereka paling baik cakap mulut sahaja paling teruk faham-faham sendirilah.Seronokkan zaman kanak-kanak.Namun terdengar pula dek telinga kita ada pendapat yang mengatakan sambutan maulidur rasul merupakan amalan yang bidaah.Selepas itu pula ada yeng menyoalkan adakah Ayahanda dan bonda Rasulalllah islam atau tidak?Digemparkan sekali lagi apabila Rasulallah dihina dengan karikatur oleh kaum kafir.Manusia semakin berani untuk mempertikaikan pembawa utusan Allah ini.
Semangat mencintai nabi mula membara dalam umat Islam dengan menghasilkan penulisan membalas kembali penghinaan terhadap rasul termasuk ada yang mengadakan demontrasi membantah tindakan tersebut.Ada sesetengah pihak mempertikaikan mengapa perlu demontrasi?Jawapan yang perlu dijawap oleh penyoal itu kembali ialah adakah dengan melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap golongan yang menghina nabi satu perbuatan yang sia-sia?Siapa yang berani mengatakan membela nabi adalah perbuatan yang sia-sia?Mungkin ada yang mengatakan banyak cara lain untuk membela nabi.Sekiranya banyak cara mengapa cara demontrasi ini kita tidak bersetuju?Namun sikap ini bukan hanya dimulut sahaja malah sikap memboikot barangan keluaran barangan negara tersebut harus diselarikan.Bersama menanamkan semangat cintakan nabi agar Islam terus terpelihara selama-lamanya

0 comments:
Post a Comment