TERAS DAKWA PENDAKYAH GUNA TAKTIK BARU KRISTIANKAN ORANG ISLAM
PARIT, 21 Feb (Hrkh) - Teras Pengupayahan Melayu (Teras) menggesa umat Islam, khususnya orang-orang Melayu sedar bahawa dakyah Kristian untuk memurtadkan umat Islam yang lalai semakin hampir dan dilakukan dengan begitu licik.
Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid mendakwa pihaknya mendapat maklumat, ada arahan terbaru dikeluarkan pihak gereja di Rome untuk gerakan misionari menukar taktik mereka agar tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.
Katanya, berikutan pendedahan yang dibuat oleh `Raja Sherina' kononnya lebih 100 pelajar Politeknik Ungku Omar mahu dibaptiskan di sebuah gereja di Silibin melalui pesanan ringkat (SMS), pihak gereja di Rome mengeluarkan arahan agar mereka yang hendak di Kristian itu dipercepatkan dan dipermudahan urusan membaptiskan mereka.Azmi Abdul Hamid menegaskan sedemikian, ketika berucap di Majlis Dialog Isu Murtad sempena Pelancaran Bulan Penerangan PAS Peringkat Pusat, di Maahad Tahfiz Batu 6 baru-baru ini.
Menurutnya 'arahan' dari Gereja Sedunia itu dipercayai ada kaitannya dengan pendedahan `Raja Sherina' bagi membolehkan gerakan membaptiskan orang Islam dibuat secara halus dan teratur.Antara langkah yang dibuat termasuklah, upacara membaptiskan itu tidak perlu lagi diadakan di gereja seperti mana kebiasaan, memadai ianya dibuat di rumah.
Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang maklumat tentang mengkristian orang-orang Islam itu `dibocorkan' oleh pihak tertentu seperti yang terjadi di Gereja Silibin, dedahnya lagi.
Antara sasaran pendakyah Kristian termasuk gadis-gadis Melayu Islam termasuk mereka yang bertudung kepala , apabila mereka dikristian' nanti, mereka boleh memakai tudung kepala dan menutup aurat serta mereka juga tidak perlu memakai lambang salib."Jangan terkejut nanti mereka yang bertudung kepala sebenarnya telah menganut Kristian, tidak siapa tahu, tindakan seperti ini sungguh mengelirukan orang ramai', katanya.
Di samping mereka yang dibaptiskan selain tidak perlu menukar nama asalnya, maklumat tersebut hanya perlu disimpan digereja, tidak perlu dibuat perangkaan berapa ramai yang pun diKristiankan
"Lebih menggemparkan lagi arahan daripada Gereja Sedunia itu menyebut mereka yang telah berjaya diKristian apabila ia meninggal dunia, pihaknya tidak akan menuntut mayat itu bagi dikebumikan mengikut ajaran Kristian, tetapi mereka boleh dikebumikan mengikut ajaran Islam", jelasnya.
Pendakyah Kristian dan pihak gereja berpendapat tubuh badan yang sudah menjadi mayat itu tidak penting kerana dalam rekod mereka orang tersebut telah pun menjadi Kristian, katanya lagi.
Menurut maklumat yang diterima, pihak Kristian empat golongan yang menjadi sasaran mereka, termasuklah mereka yang miskin dan hidup melarat terutama sekali `ibu tunggal'.
Begitu juga mereka yang terlantar sakit di hospital yang tidak ada orang yang mengambil berat tentang kebajikan mereka. Mereka akan dibantu terutama dari sudut material melalui unit kaunselin yang berselindung di bawah gereja.
"Di saat pesakit tadi terlantar di hospital, tidak ada orang Islam yang melihat dan membantuinya, di kala itulah pendakdah Kristian tampil memberikan pertolongan, akhirnya pesakit tersebut rela dibaptiskan", katanya.
Di samping itu golongan remaja dan belia yang liar turut menjadi perhatian pendakyah Kristian, termasuk pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi yang `liar' dan rosak akhlak juga mendapat perhatian pihak Kristian kerana golongan tersebut mudah ditarik untuk dibaptiskan kerana rapuhnya pegangan agama mereka. - mr


0 comments:
Post a Comment