PEMAHAMAN ISLAM AKHIR ZAMAN

PETIKAN UTUSAN 21/4/2007

Tidak dinafikan persembahan Salima bersama Ifa Raziah dan Adlin (AF2) itu benar-benar memperlihatkan bakatnya dalam bidang teater. Tetapi persoalannya di manakah tudung Salima? Adakah kerana ingin memenuhi impian berlakon teater tersebut memaksa dia mencabuli pendiriannya selama ini?

Menurut Salima, dia sendiri sudah mengagak kemunculannya itu akan menimbulkan kontroversi terutamanya soal pemakaian tudung. Gadis bernama Nor Salima Habibi ini sebenarnya sudah bersiap sedia terhadap jawapan bagi persoalan yang bakal dibangkitkan itu.

‘‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya

ULASAN BERDASARKAN HUKUM

  • AURAT WANITA
"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. "-SURAH ANNUR AYAT 31

"Dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah saw bersabda: "Wahai Asma, sesungguhnya wanita itu, apabila ia telah haid, maka tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini", Rasulullah saw sambil berisyarat kepada muka dan kedua telapak tangannya"-Riwayat Abu Daud

  • HUKUM MEMAKAI RAMBUT PALSU
Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu 'anha, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun 'alaihi).

1 comments:

Da Munique 6:44 PM  

Kalau Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pun pakai tudung, kenapa setakat berlakon Permaisuri Tanjung Karang nak bukak tudung.
Camne pulak kalau melakonkan watak Puteri Gunung Ledang... adakah dia jugak macam Tiara?

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP