ALAHAI MANUSIA


Apalah yang diharapkan
dengan kudrat yang sedikit ini
apalah yang ingin dibanggakan
dengan tenaga yang dipinjamkan
apalah yang ingin dibanggakan
sedangkan semua bukan milik mu.

Namun ramai yang terleka
dengan kudrat dan tenaga yang ada
dengan jawatan yang dimiliki
membuat mereka sesuka hati
tidak memikir akan apa yang terjadi.

Alasan tetap diberi atas apa yang dilakukan
sama ada benar atau salah
hanya allah jualah yang mungetahuinya

Kehidupan didunia
wang bukan segalanya
tapi
segalanya memerlukan wang
manusia akan membuat berbagai perkara untuk mendapat wang
berbagai alasan di cipta
berbagai strategi di atur
untuk memastikan sampai ketangannya
akhirnya fikiran madiyyah mula tersemai

kerana duit
sanggup menalefon...
kerana duit
sanggup bersms...
kerana duit
sanggup keluar rumah...
kerana duit
sanggup mempertikaikan orang lain...
kerana duit juga
baru nak kenal siapa hambanya
setelah dapat duit senyap semuanya...

alahai manusia
untuk memuaskan kehendak mu
terfikirkah
susah payah yang dilalui
terfikir kah
banyak mana air mata yang mengalir
untuk memuaskan kehendak mu

setelah keinginan dimiliki
setelah kepuasan dicapai
apa yg kau fikirkan
sahabat yang susah?
sahabat yang sakit?
sahabat yang memerlukan bantuan?
jangan ada ketika ini
kau adalah kau
dan
aku adalah aku

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang
di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering
tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP