BERAKHIRNYA 18 / 19 HARI MATAHARI 2007..

(MAJLIS PERASMIAN SEMINAR ILMU FALAK)

Selesai sudah Program Seminar Ilmu Falak 2007.Memang memenatkan tapi mengajar beberapa pengalaman baru kali ini.Biarlah pengalaman ini menjadi simpanan buat peribadi.Namun doakan semoga tiada perkara berbangkit untuk program ini.Maklumlah pinjam tempat orang.

Terima kasih buat tenaga penggerak.Ada yang baru dan ada tenaga lama.Jasa kalian hanya Allah jualah yg dapat membalasnya.Jangan lupa Liqa Muhasabah kita..

(GIMIK PERASMIAN OLEH DATUK DUTA)

Namun ada satu perkara yang menarik yang ingin dikongsi bersama.Sebelum prgram ada yang bertanya "ust..saya tak masuk program tapi nak sijil sahaja boleh yek..".Pening kepala dibuatnya.Kalau baca sendiri kertas kerja yang dibentangkan boleh faham ke?kalau ada sijil pun tapi tak tahu kaedah nak guna rubu' mujayyab apa ertinya sijil?.

Perkara yang ingin dibawa disini ialah apa ertinya sijil kalau ilmu tiada di dada.Memang benar sijil itu penting tapi apa salahnya untuk kita belajar dahulu baru minta sijilnya..tu masih bleh tahan jugalah.

Apapun yang berlalu akan menjadi kenangan.Yang mendatang akan menjadi cabaran.

2 comments:

Firdaus Bin Abd Rahman 5:57 AM  

Assalamua'laikum akh,

Apa makna rubu' mujayyab?

Muhamad Hairi Hamzah 1:59 PM  

Rubu’ Mujayyab. Sebuah alat yang digunakan oleh ulamak @ ahli falak di zaman silam, untuk menentukan waktu solat. Ar-Rubu’ Al-Mujayyab apabila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu memberi maksud 1/4 yang bersulam. (Ar-Rubu’ = 1/4, Al-Mujayyab = yang bersulam).

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP