PELURU DILEPASKAN - TERKENA LAGI.

Sami Buddha di Burma sudah tunjuk jalan, golongan ustaz kita bagaimana?


"Bagaimana dengan golongan agamawan kita, yang patuh taat mengerjakan ibadat seharian, memenuhi masjid dan surau di bulan Ramadan khususnya? Apakah kita yang sedar dengan tuntutan Islam berupaya melonjakkan martabat diri sebagai insan terpilih untuk menjulang panji-panji kebenaran biarpun ketika berada di hujung senjata yang bakal memuntahkan peluru?"
Oleh Siswazah Tani
Saya angkat tabik spring buat penunjuk perasaan di Burma, termasuk golongan sami Buddha dan mahasiswa universiti, membantah kenaikan harga minyak. Kemungkinan golongan yang terbabit dengan demonstrasi aman itu akan berdepan risiko ditangkap ataupun ditembak oleh pihak tentera.Saya menghormati pihak yang berani menyuarakan kebenaran, terutama apabila ia membabitkan isu-isu kepentingan awam, tidak kira sama ada mereka itu golongan mahasiswa, kaum pekerja, sami Buddha, aktivis Kristian, ulama atau sesiapa jua yang prihatin dengan masalah yang menekan kehidupan.
Mungkin ada percaturan lain di bumi yang diperintah junta tentera itu, namun apa yang kita perhatikan, kebangkitan golongan sami Buddha merupakan sesuatu yang harus diteliti. Bagaimana dengan golongan agamawan kita, yang patuh taat mengerjakan ibadat seharian, memenuhi masjid dan surau di bulan Ramadan khususnya?Apakah kita yang sedar dengan tuntutan Islam berupaya melonjakkan martabat diri sebagai insan terpilih untuk menjulang panji-panji kebenaran biarpun ketika berada di hujung senjata yang bakal memuntahkan peluru? Sama-samalah kita fikir dan renungkan! .(Sumber:Detikdaily)
P/S:Sekadar renungan untuk kita bersama.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP