Menghilangkan sawang - Tazkirah ringkas
Dikisahkan pada hari akhirat kelak, Allah akan memangggil golongan kaya atau hartawan serta mempunyai kuasa di muka bumi ini serta bertanya kepada mereka.Apakah yang menyebabkan kamu sekelian lupa untuk beribadat kepada ku?.Maka jawap golongan tersebut, kami dilalaikan oleh harta yang ada pada kami serta kesibukan dengan jawatan atau kuasa yang kami perolehi.
Maka Allah menempelak mereka.kalau engkau melupakan untuk beribadat kepada ku maka manakah yang lebih besar kekuasaan yang engkau miliki dan kekayaan yang engkau miliki berbanding dengan Nabi Allah Sulaiman?.Maka terdiamlah goglongan tersebut.Adalah mustahil untuk mereka mengatakan bahawa kekuasaan mereka serta harta mereka lebih banyak dan hebat berbanding Nabi Allah Sulaiman.
Dipanggil juga selepas itu segolongan remaja yang cantik rupa paras mereka serta lupa untuk beribadat kepada Allah untuk menghadap Nya. Maka Allah berkata, apakah yang menyebabkan kamu leka untuk beribadat kepada ku?Jawap remaja tersebut alam remaja yang ditempuhi sungguh mempersonakan sehingga kecantikan serta ketampanan yang kami miliki membuatkan kami leka untuk beribadat kepada Mu.Tuhan menyoal mereka lagi, sejauh mana kecantikan atau ketampanan yang kamu miliki jika dibandingkan dengan Nabi Allah Yusuf?Sehingga ada ulama yang mentafsirkan separuh daripada kecantikan manusia yang berada di muka bumi ini ada pada Nabi Allah Sulaiman.Lalu Allah menempelak golongan remaja itu.JIka Nabi Allah Yusuf yang lebih kacak dan cantik itu taat untuk beribadat kepada Aku,mengapa kamu sebaliknya.
Daripada 2 kisah yang diberikan ini ingatlah segala perbuatan kita dimuka bumi ini akan dihisab oleh Allah Taala dan segala nikmat yang diperolehi akan ditanya oleh Nya.Pergunakanlah segala nikmat yang diperolehi dengan sebaiknya agar ia tidak menjadi satu bahan yang akan menempelak kita di akhirat kelak.Ingatlah tiada siapa yang mampu terlepas di Padang Mahsyar nanti.Semoga kita dogolongkan bersama golongan orang beriman di akhirat kelak.Amin

0 comments:
Post a Comment