KENYATAAN MEDIA :'Kawasan panas' terus diberi perhatian: PM



ALOR STAR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan akan terus memberi perhatian yang lebih kepada negeri tertentu yang dikaitkan sebagai 'kawasan panas' yang memerlukan penumpuan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, selain tiga negeri terbabit iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang seperti didakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, tumpuan terhadap isu rakyat lain tetap diutamakan.

"Insya-Allah, terima kasih atas pandangan Tun Daim. Kita akan terus beri perhatian kepada negeri itu (Kedah, Pulau Pinang dan Selangor) dan seluruh negara.

"Yang mana perlu perhatian lebih kita akan bagi lebih. Saya akan ambil pandangan Tun Daim itu," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat penempatan mangsa banjir daerah Kota Star di Sekolah Rendah Kebangsaan Gunung di sini, semalam.

Perdana Menteri diminta mengulas laporan akhbar semalam berhubung kenyataan Daim yang menyatakan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dikenal pasti sebagai 'kawasan panas' yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan menjelang pilihan raya umum. (Berita Harian 23/12/2007)

-Kalau ikut warna paham tak?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP