PERMASALAHAN UMAT ISLAM MASA KINI
KELUAR ISLAM IBARAT SEPERTI KELUAR NEGARA..
Mahkamah Tinggi Syariah arah Maipp batal sijil peluk Islam
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang semalam membenarkan permohonan seorang mualaf untuk mengisytiharkan dirinya keluar Islam kerana tidak mengamalkan ajaran itu sejak memeluk Islam.
Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) membatalkan sijil pemelukan Islam plaintif, Siti Fatimah Tan Abdullah atau namanya asalnya, Tan Ean Huang, 39.(Berita Harian 9/5/2008)
ULASAN.
Bagaimana keadaan Islam hari ini kalau sesebuah institusi Agama Islam sendiri tidak mampu untuk mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.Adakah institusi agama hari ini menghukum berdasarkan hak asasi manusia ataupun mengikut ketatapan yang di perintahkan oleh Allah sebagaimana yang terkandung didalam Al Quran dan Sunnah Rasul Nya.Mungkin terlalu jumud minda ini untuk menyalahkan 100% Institusi kehakiman pada hari ini.
Isu murtad bukan lagi isu baru di Malaysia dan bukan satu isu yang perlu dibiarkan sahaja.Gembleng usaha dan kerjasama dari semua pihak amat perlu untuk memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara dan Institusi agama hari ini bukan hanya menjadi boneka semata-mata.
Satu perkara yang perlu menjadi perhatian kepada para daie pada hari ini untuk mentajdid uslub dakwah yang sedia ada agar para mualaf bahkan umat Islam yang sedia ada untuk terus memurnikan Islam yang sedia dalam diri mereka.Tugas ini juga merupakan tanggungjawab kita yang telah mengucap 2 kalimah syahadah untuk menjadi qudwah dan contoh teladan yang baik buat mereka.Bagaimana kita hendak mengatakan kehebatan Islam kalau penganut yang sedia ada melakukan perkara seperti rasuah,zina, minum arak dan sebagainya.Islam datang cukup murni untuk memastikan dunia ini mampu didiami dengan aman serta menjaga hak-hak kemanusian.
Umat Islam hari ini terus menjadi pelik apabila kandungan agam sendiri dipertikaikan.Sebagai contoh pendapat peribadi harus diutamakan daripada keputusan pemimpin.Inilah satu sikap yang akan membawa huru hara dalam pentadbiran Islam.Kalau yang belajar agama pun mempunyai fikiran seperti ini, nantikan sahaja kebinasaannya.Kepentingan taat kepada pemimpin telah dinyatakan didalam Hadis nabi S.A.W yang mafhumnya:
"Islam itu terdiri dengan jemaah.Dan tidak dinamakan jemaah melainkan dengan ketaatan dan tidak ada ketaatan melainkan kepada kepimpinan"(Sekiranya salah dari hadis yang Asal tolong maklumkan yek)
Namun harus juga diingatkan bahawa ketaatan kepada pemimpin mempunyai garis panduan iaitu selagi mana pemimpin tersebut tidak melanggar syariat Allah serta mengamalkan suruhanNya.
Semoga Iman kita terus terpelihara dalam suasana Islam yang sebenarnya.

0 comments:
Post a Comment