RUMAH INI RUMAH ORANG SUSAH

Rumah ini sungguh bermakna buat yang mengerti erti kesusahan.Rumah ini penuh kenangan, penuh nostalgia buat yang mengerti hakikat persahabatan.Rumah ini menerima sesiapa juga, akan tapi ramai yang mencemuhnya."Rumah buruk...kotor...serba kekurangan.Banyak peraturan .Kita keluar saje dari rumah ni".


Sifat manusia memang pelupa.

Waktu muda mu rumah ini yang menjadi tempat penginapan,menumpang kasih dari panas dan sejuk.Inilah rumah yang dicemuh itu.Sewaktu muda mu rumah inilah yang mengajar erti kasih sayang persahabatan.Akan tetapi mengapa ditinggalkan disebabkan masalah peribadi?Alangkah baik diselesaikan dengan aman.Bukannya ditinggalkan dan akhirnya dibiarkan kosong rumah itu.Benar RUMAH INI RUMAH ORANG SUSAH.Siapalah yang hendak bersama denganya.

Kau suka mengatakan kenapa rumah ini sunyi bagai tidak berpenghuni.Sepi di waktu malam tenang bak air sungai di waktu pagi.Benar rumah ini memang rumah orang susah hanya yang susah sahaja yang ingin datang kepadanya.Siapalah yang hendak bersama orang yang susah ini.Biarkan mereka dengan kesusahan mereka.Sekiranya kita susah barulah kita kesana kerana RUMAH INI RUMAH ORANG SUSAH.

Rumah ini penuh dengan kesusahan.Tilam tidak setebal orang kaya,bantal mungkin ada biasanya tiada.Pijat bermaharajalela dari zaman Firaun rasanya.Nampak seperti rumah hantu yang usang menunggu masa untuk roboh.Panas dengan tiada kipas kalau ada penghawa dingin pun rosak.Katalah apa sahaja yang engakau rasa kerana RUMAH INI RUMAH ORANG SUSAH.

Kenapalah ahli rumah ini,tetamu datang hanya diberi air sahaja.Dimana ayam panggangnya?Dimana Nasi basmatinya?Dimana kuih yang enak lagi sedap?Dimana pula ramah mesranya ahli rumah ini?Mohon maaf,rumah ini rumah orang susah yang cukup-cukup makannya.Rumah orang susah ini tak mampu nak melayan kehendak ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana RUMAH INI RUMAH ORANG SUSAH.

Apsal banyak sangat kerosakan kat umah ni..takde orang nak betulkan ke?Dimana ajk yang patut membetulkannya?Kenapa kotor sangat rumah ini pemalas kah ahli rumah ini?Mohon maaf atas kealpaan mereka maklumlah ahli rumah ini penuh kesusahan kerana RUMAH INI RUMAH ORANG SUSAH.

Lari lah dari kesusahan.Lari lah dari masalah.Larilah dari segala yang engkau benci kerana ia memenatkan.Akan tetapi aku merayu tolang lah jangan lari dari rumah ini.Kalau tidak rumah ini akan jadi RUMAH ORANG SUSAH.

1 comments:

Ibnsyariff....Mencari di manakah Al Ghazali 8:07 PM  

aslkm bang..

hurm..rumah itu bukannya umah org miskin.
KAMI nih yang miskin.MISKIN budi.
Bila ada pak pak YB nak bg 'duit minyak' ..baru kami datang.betul2x kami org MISKIN budi yang MATA DUITAN.

perlu dsemak dr segala segi...

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP