Ketentuan Tuhan Pasti Terjadi
Menerjah ke alam yang sudah lama tidak diisi.Kesibukan berhari raya tambah dengan entah apa-2 kerja lain membuatkan tak terisi ruangan ini dan yang paling penting sekali masalah internet punca utama malas untuk menulis.Tertarik beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama pada kali ini.
Hari ini kita menginginkan kejayaan datang kepada kita serta mengimpikan juga ganjaran daripada hasil penat lelah kita.Seperti zaman kanak-kanak, kita mengharapkan upah akan diberikan oleh ibubapa kita hasil dari perintah yang diberikan.Namun perkara penting yang ingin diutarakan apakah hadaf kita dalam menuntut ilmu Allah S.W.T ini?Adakah kejayaaan yang kita nikmati mewajibkan kepada orang lain untuk menghargai kejayaan kita atau mengharapkan sesuatu daripada orang lain?.Kita perlu sedar dengan ilmu yang kita ada pada hari ini adalah kurniaan daripada Allah S.W.T dan perlu difikirkan tanggungjawab kita terhadap ilmu serta menyatakan amanah dalam ilmu tersebut.Sebab itu seseorang pelajar bukan hanya perlu positif thinking tapi mengamalkan juga sikap rendah diri dan beradab.Tiada gunanya ilmu yang banyak,sijil bertaburan tapi tidak beradab.
Perkara yang kedua ingin dikongsi bersama ialah peranan warga azhari di Malaysia.Terserah kepada warga azhari untuk menceburkan diri dalam segala bidang kerana Islam datang untuk memimpin ummah di dunia dan akhirat.Sama ada kita berada di sektor swasta mahupun kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.Parti pemerintah mungkin boleh bertukar.Sekarang UMno/Bn mungkin selepas ini Pakatan Rakyat pula kerana sejarah telah melakarkan sehebat kerajaan Firaun tumbang juga akhirnya.Konsep "PERJUANGAN" jangan disempitkan atau jumud kerana yang paling penting dasar perjuangan itu untuk memastikan Islam berada ditempat yang sebaiknya.Mungkin perkataan Pembangkang sinonim dengan warga azhari kerana kebanyakan ulama terdahulu seperti Imam Syafie, Imam Ahmad B. Hambal,Tok Kenali dan yang selainnya bukannya menjadi ulama pengampu kerajaan malahan melawan arus sekiranya perkara yang dilakukan tidak benar seperti yang dinyatakan di dalam syarak.
Semoga kedatangan Syawal pada kali ini menambahkan tautan mahabbah antara kita dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T

0 comments:
Post a Comment