PERANCANGAN DALAM PENTADBIRAN
Kedatangan Islam ke muka bumi melalui Risalah Nubuwah Rasulallah S.A.W membawa sinar kebahagian kepada umat manusia.Satu agama yang di datangkan untuk memastikan manusia kembali kepada fitrah kehidupan yang sejati dengan mentauhidkan Allah serta menjaga hubungan sesama manusia dan menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Tugas sebagai kahlifah dimuka bumi ini merupakan satu tanggungjawab yang dipikulkan kepada muslim supaya mengetahui bahawa setiap amalan yang kita lakukan akan dihisab oleh Allah sama ada besar atau kecil,secara zahir ataupun batin kesemuanya akan dihadapkan kepada Allah dalam keadaan bukan lidah yang menjawab.Maka tugas ini haruslah dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar kita tidak dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak.
Antara tugas khalifah dimuka bumi ini,melaksanakan amar makruf dana nahi mungkar.Perlu diketahui tugas ini bukan bertempat seperti mana melakukan ibadah haji dan bukan mempunyai waktu yang tertentu seperti solat ataupun menunggu cukup hisabnya seperti zakat,tugas ini akan terpikul setelah seseorang beriman dengan Allah dan Rasulnya.Ramai yang beranggapan bahawa tugas ini terpikul kepada mereka yang bergelar BP atau exco BKAN/DPM.Sekiranya kita beranggapan sedemikian bahawa pastinya kita akan melihat akan kesan buruk kepada generasi akan dating.Perkara yang perlu dingatkan juga amar makruf nahi mungkar ini bukan sahaja suatu kerja menjadi penguatkuasa dalam membenteras gejala dating atau sebagainya bahkan menjaga persatuan yang kita ada pada hari ini sebagai suatu amar makruf nahi mungkar.Tugas PMRAM, BKAN dan DPM yang ada pada hari ini bukan sahaja untuk memastikan kebajikan semata-mata akan tetapi untuk memastikan bagaimana mereka yang bergelar muslim pada hari ini faham akan tanggungjawab mereka terhadap agama mereka dan hidup secara berjemaah serta meninggalkan gejala induvidulistik.
Sekiranya kita beranggapan bahawa tugas ini hanya tugas beberapa induvidu sahaja, maka kita samalah seperti kaum nabi Musa yang apabila diminta perngorbanan maka jawab mereka pergilah engkau bersama tuhan engkau dan kami duduk sahaja di sini (surah Maidah ayat 24)
Dalam melaksakan tuntutan amar makruf nahi mungkar ini bahawa perkara yang perlu di ambil perhatian ialah bagaimanakah perkara tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin untuk memastikan kesan jangka masa yang panjang.Sekiranya kita melihat didalam sejarah permulaan Islam itu sendiri,ketika Nabi memulakan dakwahnya secara rahsia.Dakwah tersebut dilakaukan di rumah Al Arqam.Dalam kitab Manhaj Haraki karangan Doktor Munir Mohd Ghadban menjelaskan strategi yang diambil oleh Rasulallah ini mempunyai beberapa sebab antaranya:
1.Al Arqam merupakan salah seorang yang tidak diketahui oleh orang ramai akan keIslamannya dan strategi yang diambil oleh Rasulallah ini memudahkan ajaran Islam dalam disampaikan dalam keadaan tidak disyaki oleh kaum musyrikin.
2.Ketika Islamnya Al Arqam ini umurnya masih muda lagi.Dalam kitaran 16 tahun beliau telah masuk Islam.Sekiranya pihak kaum musrikin mencari markaz penyebaran agama Islam adalah mustahil untuk mencarinya di rumah seorang yang muda kerana kebanyakan akan beranggapan markaz penyebaran Islam akan dibuat di rumah sahabat-sahabat Nabi yang lebih pengalamanya.
Daripada sejarah Baginda yang agung ini menjelaskan kepada kita akan peri pentingnya menyusun strategi dalam memastikan segala perancangan kita mencapai objektif yang kita rancangkan.
Peranan Ahli Dalam Memahami Strategi Pentadbiran
Strategi pentadbiran merupakan suatu medium yang amat penting dalam memastikan generasi yang akan dapat mampu untuk bergerak mengikut perancangan yang diatur.Namun tidak dinafikan pelbagai masalah akan timbul dalam melaksanakan strategi pentadbiran antaranya ketidakpuasan ahli terhadap perkara yang diputuskan.Masalah ini yang hidupnya seperti kanser yang akan memberi kesan sama ada jangka masa pendek atau akan datang.
Dalam kitab Siasah Syar’iah karangan Sheikh Doktor Yusuf Qardawi menegaskan daripada pendapat Imam Hassan Al Banna bahawa 3 perkara yang perlu diikuti oleh ahli kepada pemimpinnya iaitu
1)Satu keputusan yang tiada nas di dalam Al quran.
2)Sesuatu yang boleh diandaikan dalam sesuatu keadaan ataupun berbagai pendapat maka pemimpin boleh mengambil salah satu untuk untuk dijadikan pegangan
3)Masholeh mursalah ataupun keputusan yang diambil untuk manfaat bagi ahli mereka samaada di dunia dan akhirat.
Daripada kitab ini menerangkan segala perkara yang dilakukan oleh pemimpin itu selagi mana tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah maka wajib bagi ahlinya mengikut kepada pemimpinnnya.Pemahanan ini harus dijelaskan kepada ahli tentang peranan mereka dalam memahami serta patuh kepada arahan pemimpin mereka.
Semoga dengan adanya pemimpin yang memahami tugas mereka serta menjalankan tugas dengan amanah dan ahli ahli yang memahami tugas mereka dalam menjalankan serta mematuhi arahan pemimpin mereka tidak mustahil Daulah Islamiah dapat didirikan demi memastikan Islam berada di tempat yang sepatutnya.

0 comments:
Post a Comment