HARAMKAN SIS.ADAKAH PAS TERSILAP LANGKAH?

Usul yang dibawa dalam Muktamar PAS yang lalu :(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.Ternyata usul ini menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak termasuk dari Pakatan Rakyat sendiri.

Dalam mstar.com.my ada mengulas isu ini dengan mengambil beberapa pendapat daripada beberapa pihak.Antara ulasan yag ingin dikongsi bersama:

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan berkata, pada masa yang sama timbul satu persoalan adakah cadangan yang dikemukakan oleh PAS itu sesuai untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia.


Isu yang dibawakan oleh PAS ini bukan semata-mata melihat kepada negara sahaja bahkan melihat kepada isu yang sering kali dibawa oleh SIS mencemarkan Agama Islam itu sendiri.Menjadi keganjilan suatu pertubuhan yang menggunakan nama Islam membicang perkara yang berbeza dengan kehendak agama itu sendiri.Isu yang dibawa oleh PAS adalah isu agama bukan bukan isu berbilang kaum.

Katanya lagi
"PAS merasakan dengan penampilan sedemikian (pengharaman SIS) parti itu akan dapat mengukuhkan lagi sokongan di kalangan orang Melayu dan Islam. Namun sejauh kebenarannya ia tidak dapat dipastikan,"
Saya berkenyakinan bahawa isu ini bukan semata-mata untuk mendapatkan sokongan dikalangan pengundi akan tetapi isu ini dilihat supaya Islam tidak dicemari dengan anasir-anasir yang boleh mencemarkan agama Islam itu sendiri.Sekiranya kita memahami usul ini bahawa mendesak supaya Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyiasat gerakan SIS ini serta menlakukan pemulihan sekiranya ia bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.Sekiranya golongan ini tidak melakukan sesuatu yang mencurigakan didalam agama Islam maka mereka tidak perlu takut untuk disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beberapa pendapat daripada Pakatan Rakyat yang lain yang secara mudah yang dapat saya berikan komentar saya disini.Adakah dengan kebebasan bersuara serta kebebasan berpersatuan membolehkan mana-mana pihak mempertikaikan ajaran yang mereka anuti masing-masing.Adakah mereka juga bersetuju bahawa dengan kebebasan bersuara juga berpersatuan ini membolehkan agama mereka juga dipertikai?Saya rasa mereka juga akan kurang senang dengan perkara ini kerana perkara yang berkaitan dengan agama seharusnya diserahkan kepada mereka yang pakar dalam agama tersebut.

Daripada isu ini juga kita dapat menilai mereka yang betul-betul untuk mempertahankan Islam itu begitu juga sebaliknya.Semoga Allah memelihara kita dan menjaga Iman kita supaya tidak digolongkan didalam golongan yang munafik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP