SISTEM PENGURUSAN BERKUALITI

Sistem Pengurusan Kualiti, Alat Pemasaran Bagi Menjana Kejayaan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Dalam suasana yang kompetitif, globalisasi and liberalisasi perdagangan sekarang ini, sistem pengurusan kualiti yang berkesan mampu menjadi alat pemasaran bagi menjana kejayaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili berkata kepekaan dengan tuntutan semasa pasaran tempatan mahu pun antarabangsa penting bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi.

"Dengan pelbagai badan kualiti yang ada di negara kita, tentulah mudah untuk membantu dalam usaha mendapatkan pensijilan mengikut kesesuaian masing-masing, malah ia boleh menjadi panduan kerja untuk muncul sebagai organisasi yang berkualiti dan berdaya maju," katanya di dalam teks ucapan di majlis pelancaran Simposium Mengenai Pengurusan Kualiti 2009 disini.

Teks ucapannya dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Menurutnya, Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 dan Sistem Pengurusan Persekitaran ISO 14001 telah menjadi sebahagian daripada sistem yang telah diintegrasikan ke dalam ekonomi dunia.

Ongkili berkata tinjauan Persijilan ISO dalam tahun 2007 telah menunjukkan bahawa aktiviti pensijilan berkisar kepada satu atau lebih sistem pengurusan dalam 175 negara.

"Ini adalah satu peningkatan dari 170 negara dalam tahun 2006 dan menunjukkan bahawa sistem ini adalah alat penting bagi ekonomi dunia," katanya.

Sehingga akhir 2007, sekurang-kurangnya 951,486 Sijil ISO 9001:2000 telah dikeluarkan di 175 negara, yang merupakan peningkatan sebanyak 6.0 peratus dari tahun sebelumnya, kata Ongkili.

P/S:Apa yang ada faham tentang pengurusan berkualiti?

1)Hanya duduk saksikan orang buat kerja dan membebel lepas tu?.
2)Tolong buat kerja lepas tu beri pendapat,pendapat tak terima terus larikan diri kerana orang tak terima pendapat dan kutuk belakang.Atau
3)Orang tak lantik kita jadi adhock lpas tu cakap orang yang dilantik tak berkelayakan dan sewaktu dengannya.

Pilih sendiri lah mana yang patut..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP