GERAKAN KRISTIANISASI - PENGENALAN


AGAMA KRISTIAN.

Perkataan Kristian berasal daripada perkataan Yunani iaitu Cristos yang membawa maksud "Messiah" di dalam bahasa Ibrani.Perkataan Cristos juga diambil sempena gelaran yang diberikan kepada Nabi Isa.Cristos didalam pengertian umum bermaksud orang yang diharapkan oleh rakyat untuk melepaskan diri daripada sesuatu penderitaan.Kemudian diterjemahlan dalam bahasa Arab menjadi "Al Masih" yang membawa maksud "Pilihan Allah atau sebagai utusannya".Oleh yang demikian penganut Kristian dipanggil Masihi.Kristian juga dikenali sebagai Nasrani iaitu diambil dari nama sebuah bandar yang dikatakan Nabi Isa dilahirkan bernama Nasirah.

Firman Allah yang bermaksud

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata:Wahai Bani Israel sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada Kamu,mengesahkan kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripada ku yang bernama Ahmad.Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan yang jelas lagi nyata, mereka berkata:Ini ialah sihir yang nyata"

(Surah As-Soff - 6)

KRISTIANISASI.

Perkataan Kristianisasi di ambil daripada Istilah Bahasa Melayu yang bermaksud proses mengajak serta menyeru orang lain ke agama Kristian.Do dalam bahasa Inggerisa pula Kristianisasi disebut sebagai Christian Missionary atau Evangelization.Manakala di dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai At Tabsir dan At tansir.

Penganut Agama Kristian beranggapan bahawa menyampaikan ajaran mereka adalah wajib untuk membawa agama Kristian ke serata dunia.Ini berdasarkan perintah yang termaktub dalam kitab suci mereka.Markus, semasa memberikan ucapan kepada pengikutnya cuba menaqalkan kata-kata Al Masih dengan katanya:

"Pergilah kamu semua ke seluruh alam dan serulah serta ajarlah mereka dengan Injil"

(Injil Markus 15:16)

Kata-kata Markus tersebut memang bersalahan dengan apa yang diajarkan Oleh Al Masih kerana Al Masih hanyalah Nabi yang diutuskan kepada Bani Israel.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP