TERIMA KASIH DAUN KELADI MOGA KITA JUMPA LAGI
Bazar Johor menutup tirai hari ini.Penat, tension, dengar kritikan pengunjung permainan selama 4 hari telah berlalu.Walau apapun terima kasih buat semua yang hadir bagi menjayakan bazar Johor pada kali ini.Mungkin ada tertanya-tanya mengapa Bazar diadakan pada bulan 3 bulan tidak seperti yang sebelumnya.Semua mempunyai pendapat dan semua pendapat ingin diraikan.Akan tetapi apabila satu keputusan telah dibuat maka redhalah akan keputusan itu.Sekiranya tidak berilah muhasabah untuk pergerakan pada masa yang akan datang.Dalam kehidupan ini tiada siapa yang ingin membuat keputusan yang salah akan tetapi mungkin tersilap langkah.Kita mengharapkan yang terbaik namun kita juga harus beringat untuk mendapat sesuatu yang terbaik memerlukan pengalaman.
Mungkin ramai tenaga kerja yang baru dalam Bazar Johor kali ini.Mungkin mereka melakukan kesilapan namun keyakinan harus diberikan kepada mereka..Lebih baik untuk kita membantu mereka dan bukan hanya mengkritik sahaja.Kita harus menerima kelemahan mereka kerana kita sendiri bukannya sempurna.Lagipun kita bukan nak duduk lama kat mesir ni maka berilah pengalaman kepada yang baru.Yang baru jangan hanya duduk diam sahaja.Rebutlah peluang yang ada.
Buat semua Ad Hock / Tenaga kerja Bazar Johor terima kasih daun keladi,semoga kita berjumpa lagi,pada program yang akan menanti,semoga allah memberkati.Tidak ketinggalan buat tukang masak di sutuh sampai demam dengarnya. Diri yang kerdil ini mengucapkan alfu syukran akan bantuan yang diberikan dan pastinya diri ini lemah untuk melakukan pengorbanan sedemikian.Buat peniaga terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam program kali ini.Ada masa jumpa lagi.

0 comments:
Post a Comment