Disangka pintu rupanya tingkap.

"Kita kena buat solat terawikh 20 rakaat baru afdal.Banyak pahala"
"Solat terawikh kita buat 8 rakaat aje.Baru ikut sunnah"

Soalan yang sering kedengaran dalam kemunculan ramadhan yang penuh barakah ini.Sebelum itu diucapkan selamat berpuasa bagi umat Islam dan selamat menjamu selera bagi yang bukan Islam dan untuk org Islam.Selalunya musim ramadhan lah segala juadah boleh didapati berbanding bulan-bulan yang lain.
Mungkin ada sedikit perbezaan kalau bulan ramadhan di Mesir dan malaysia.Perbezaan bulan puasa di mesir memang cukup meriah meraikan ramadhan.Ada majlis berbuka secara percuma,solat terawikh yang boleh tahan panjang yer (tapi 8 rakaat aje) tapi kalau nak ringkas buat kat rumah johor aje.Suasana kat Malaysia pula bulan puasa lah bercambah yer pasar ramadhan yang menjual bermacam-macam juadah dan kuih muih.Memang seronok walaupun tak beli hanya sekadar melihat juadah yang disediakan.
Suasana di mesir selepas menunaikan solat 4 rakaat terawikh ada tazkirah yang akan disampaikan.seronok juga walaupun di Malaysia mungkin masih belum untuk melaksanakannya.Walau apapun kalau ada yang nak buat jangan pula ada yang menghalang.Kalau nak menyampaikan perkara yg baik pun dihalang apa akan jadi kepada umat Islam.
Sudah menjadi kelaziman di Malaysia untuk menunaikan solat terawikh 20 rakaat ditambah lagi dengan imam tahfiz alquran.Satu suasana yang menarik dan mula bercambah di Malaysia.Namun tidak perlulah dibangkitkan nak buat 8 atau 20 rakaat.Paling penting bersama untuk kita merebut peluang beribadah di bulan yang mulia ini.Kalau nak dibincangkan memang akan ada berbagai pendapat.Hormatilah antara satu sama lain.Semoga ramadhan kali ini menambahkan ketakwaan kita kepada Allah...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP