Nurin Hilang + Disahkan Mati = Sekolah satu sesi
Salam takziah buat Keluarga Nurin diatas pemergiannya menghadap Rabul Izzati.Semoga rohnya ditempatkan di syurga Allah.Sedih dan pilu menyelubungi hati warga Malaysia atas kejadian yang berlaku keatasnya.Suatu pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan keatas anak kecil ini.Hasil kejadian ini kita melihat bebeapa pihak tampil bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.Termasuk juga ada pihak yang turut memyediakan saguhati bagi sesiapa yang berjaya membantu sehingga tertangkapnya pembunuh tersebut.
Satu pengumuman juga dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memastikan kanak-kanak terus diawasi iaitu dengan memperkenalkan sistem persekolahan satu sesi.Secara peribadi keprihatinan PM ini amat dihargai namun beberapa perkara harus diteliti.
Sebagai contoh saya melihat tindakan ini hanya melibatkan para murid-murid yang berada di alam persekolahan Rendah (SK) dan menengah (SMK) dan adakah tindakan ini meliputi dengan kanak-kanak yang berada di tadika?Persoalan juga mengenai Sek Agama sebelah petang yang dilaksanakan di negeri Johor.Terlintas juga sistem yang akan dilaksanakaan adakah bersesuaian dengan keadaan pendidikan di Negeri Johor ini?.
Cadangan saya alangkah baiknya untuk perlaksanaan Hukum Islam secara menyeluruh di Malaysia ini yang bukan sahaja dapat mengekang budaya yang tidak sihat ia juga turut membawa masyarakat kia hari ini kembali kepada tuhan yang menciptanya.
Mungkin perkara yang yang saya bangkitkan adalah dari segi teknikal akan tetapi sekiranya Hukum Islam dapat di tegakkan banyak perkara yang akan dapat diselesaikan.
Semoga perkara yang diajukan penarik perhatian kita semua.

0 comments:
Post a Comment