ISYTIHAR SEKIRANYA MEMELUK ISLAM.BAGAIMANA PULA YANG KELUAR DARIPADA AGAMA ISLAM?
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan memeluk Islam yang dibuat secara senyap-senyap seperti diamalkan sebelum ini mengundang banyak masalah sehingga menyebabkan berlaku ketegangan kaum.
''Pada masa ini tidak ada peraturan itu. Oleh itu, kita perlu fikirkan satu peraturan mewajibkan orang yang hendak memeluk Islam jangan buat senyap-senyap.(UTUSAN 11/4/2008)
Salam barakah sempena hari yang penuh keberkatan ketika artikel ini ditulis.Membaca artikel di Utusan sebagaimana dipaparkan diatas atau boleh melayari di laman webnya.Satu langkah yang baik diambil oleh kerajaan didalam mengelak pertikaian agama seseorang seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Namun perkara yang sering kali menimbulkan kerisauan iaitu mengenai Murtad.Satu pendekatan yang perlu dipandang serius untuk memastikan gejala ini daripada terus merebak dan menjejaskan institusi Islam kelak.Mengapa tidak dipinda satu undang-undang untuk menghalang umat Islam untuk bermudah-mudah keluar daripada agamanya?.Bukan itu sahaja bahkan dapat mengelak daripada berlakunya ajaran sesat yang cuba untuk melarikan diri daripada Mahkamah Syariah dengan mengistiharkan diri mereka keluar daripada agama Islam.
Tuntutan ini telah ada di dalam Islam itu sendiri yang mana hukuman untuk mereka yang murtad secara pastinya amatlah berat.Sekiranya Islam agama rasmi di Malaysia sepatutnya Ajaran Islam yang terkandung didalam Al Quran & Sunnah mudah dilaksanakan di negara kita yang tercinta.


0 comments:
Post a Comment