PENING-PENING IMTIHAN

Segala puji bagi Allah yang layak disembah serta Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta pengikut-pengikutnya hingga hari kiamat.

Imtihan bakal menjelang.Sementara kitab yang belum dibaca masih banyak lagi.Inilah masa paling banyak mendengar rintihan akibat perbuatan diri sendiri.Kitab yang belum habis dibaca,ada yang belum beli kitab dan ada yang baru nak pergi kuliah tapi kuliah pun dah abis.Macam-macam ada disini.

Sekadar berkongsi beberapa ilmu daripada kitab "Al Ajwibah Al Fahirah An As Ilah Al Fajirah (Kitab Perbandingan Agama) karangan Al Qarafi.Didalam kitab ini ada tertulis sebanyak 107 soalan untuk penganut agama Kristian mengenai akidah didalam agama mereka.Antara yang menarik sebagai menambah thaqafah kita:

1)Didalam kitab Bible ada mengatakan bahawa ketika nabi Isa diberikan roti maka berkata Isa kepada pengikutnya "Inilah jasad ku maka makanlah".Manakala ketika diberikan Arak maka berkata Isa kepada pengikutnya "Inilah darah ku maka minumlah"(bab:markus 22:14).Daripada kenyataan ini kehebatan Isa sebagai tuhan / anak tuhan hanya diibaratkan seperti roti dan darahnya diumpamakan dengan arak.

2.Dikisahkan bahawa nabi Isa pernah menghidupkan orag yang telah mati.Bagaimana pula orang yang boleh menghidupkan orang yang mati akan tetapi dia pula yang mati disalib?.Pelikkan.

3.Setelah Nabi Isa mati diriwayatkan bahawa beliau dikebumikan selama 3 hari.Sekiranya Isa itu tuhan maka siapakah yang mentadbir alam ini dalam masa 3 hari tersebut

4.Sekiranya tuhan didalam Isa maka ketika disalib tuhan juga turut mati.Adakah perkara ini tidak pelik?

5.Ketika Isa dilahirkan adakah Roh Tuhan telah memasuki Isa?Sekiranya benar maka mustahil bagi tuhan dilahirkan oleh manusia iaitu yang diciptakan.Sekiranya tidak maka Isa adalah manusia bukannya anak tuhan / tuhan.

6.Sekiranya Isa itu tuhan kenapa Isa mengatakan bahawa beliau tidak tahu hari kiamat Melainkan Tuhan sahaja yang tahu (Rujuk markus 14:15)

7.Adakah tuhan tidak mampu untuk menghapuskan dosa Nabi Adam sehingga terpaksa menyalib Nabi Isa sebagai penghapus dosa?Sekiranya tidak maka tuhan itu lemah dan mustahil bagi tuhan untuk bersifat lemah.

Banyak lagi yang ingin dikongsi tapi memandangkan baru baca sedikit inilah yang dapat dikongsi.Kadang-kadang sambil membaca agak pening memikirkan kenapa agama Kristian masih lagi mempunyai penganutnya.Mungkin ada faktor-faktor yang lain.Semoga Allah memelihara Iman kita agar dapat menjaga akidah dan kita juga berdoa semoga Allah mengekalkan 2 nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Islam dan Iman didalam diri kita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP