AKU YANG HANYA BOLEH MENDENGAR..


Aku yang boleh mendengar isi hati dari mulut mu akan tetapi belum tentu dapat mmenyelesaikan masalah mu.

Ingatlah bukan semua yang kita inginkan selalunya akan terjadi sebagaimana yang kita inginkan.Bersabarlah kehendak tuhan melebihi segalanya.


Aku yang hanya boleh mendengar masalah mu akan tetapi belum tentu faham akan beratnya masalah mu.

Ingatlah seberat mana masalah kita ramai lagi yang teruk penderitaannya.


Aku yang hanya boleh cuba untuk faham situasi mu akan tetapi terlalu kerdil untuk memahaminya.Aku yang hanya boleh mendengar segala cerita orang tentang mu akan tetapi belum tentu mempercayai semuanya.Aku yang hanya boleh mendengar akan tetapi takut untuk menyuarakan pendapat.Takut-takut menguris isi hati orang lain.

Maafkan diri ini kalau tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik buat mu


Aku yang hanya boleh mendengar bukan bererti hanya akan berdiam diri.

Ingatlah setiap maksiat yang dibuat ganjarannya pasti disisi Allah.Kalau boleh mengenggam bara api didunia ini,laksanakan apa sahaja yang kau mahu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP