ULASAN BUKU :KEWAJIBAN PEMUDA ISLAM HARI INI
Oleh : Dr Yusuf Al Qardawi
Terbitan : Maktabah Wahbah
4 perkara yang ditekankan oleh Dr Yusof Al Qardawi didalam bukunya kepada pemuda/pemudi Islam pada hari ini iaitu:
1)Mempunyai kefahaman Islam yang Shahih
Kepentingan pada generasi hari ini untuk mempelajari Islam dengan sebenar-benarnya serta beramal dengan apa yang dipelajari.Dengan pemahaman Islam yang jelas mampu untuk menangkis segala kemuskilan yang akan dibawa oleh perosak agama Allah ini.Hari ini kita melihat sekiranya pemuda dan pemudi cetek dalam ilmu agama mereka,ditakuti mereka akan melencong dari agama Islam yang sebenarnya.
2)Beramal dengan Islam.
Umar R.A pernah memohon dari Allah daripada menjadi orang yang munafiq yang Alim.Maka para sahabat bertanya kepada Saidina Umar:Bolehkah orang yang Munafiq itu Alim?.Saidina Umar berkata: Ya iaitu orang yang alim pada lisannya akan tetapi jahil pada hatinya.
Allah juga memberi misal kepada orang yang tidak beramal dengan ilmunya seperti himar dan juga anjing sebagaimana firmannya dalam Surah Juma'ah ayat 5 danSurah A'raf ayat 175-176.
3)Berdakwah untuk Agama Islam
Tidak mencukupi sekiranya untuk diri kita sahaja yang menjadi muslim yang sejati dan membiarkan orang lain dalam kejahilan.Dakwah Islam harus disebar luaskan kepada seluruh masyarakat agar Islam dapat dihayati sebaik-baiknya bukan hanya tertulis didalam kitab-kitab sahaja.Sifat yang paling utama dalam berdakwah untuk agama Allah ini adalah sabar sebagaimana yang difirmankan oleh Allah didalam surah Luqman ayat 17.
4)Bersatu dalam agama Islam
Penekanan konsep berjemaah dan bukan melakukan secara berseorangan dalam melakukan apa jua yang ditekankan oleh Islam.
Satu buku yang baik dan ringkas untuk pembacaan setiap lapisan.Yang paling penting untuk kita menghayati isi kandungan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

0 comments:
Post a Comment