JANGAN KAHWIN LAMBAT TAU!!
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan bimbang terhadap trend lewat berkahwin di kalangan wanita dan lelaki yang dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang kepada negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika trend itu berlaku berterusan, impaknya kepada negara ialah tempoh kesuburan wanita menjadi pendek dan kesukaran mendapat anak.
Menurutnya, perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaan kepada wanita dan lelaki sebaliknya sanggup melewatkannya kerana terlalu mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan enggan terikat dengan institusi perkahwinan.
''Umur minimum perkahwinan pertama untuk lelaki meningkat daripada 28.6 tahun pada tahun 2000 kepada 28.9 tahun pada masa kini.
''Begitu juga dengan usia minimum perkahwinan wanita yang meningkat daripada 27.8 tahun pada tahun 2000 kepada 28.6 tahun masa kini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis perasmian seminar dua hari anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata, antara kandungan dan inti pati yang akan dimasukkan ke dalam Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakannya ialah mengenai risiko dan implikasi tindakan lewat berkahwin kepada negara.:
-Kalau tak nak orang kahwin lambat berilah zakat lebih sikit.
-Kalau anda kahwin lambat akan merisaukan pemimpin negara.sampai kena masuk dalam mesyuarat kabinet tu..
-Indahnya Islam dalam mengatur kehidupan manusia,

1 comments:
Adakan skim pinjaman untuk berkahwin. Pihak berwajib adakan skim kepada sesiapa yang mahu berumah tangga, dengan pihak berwajib sendiri mengaturkan majlis. Terutama bagi sesiapa yang sengkek tapi nak kawen.. huhu
p/s: diorang risau orang kahwen lambat tapi tak risau orang yang dah kawen pun duk 'berlengas' dengan betina lain..huhu
Post a Comment