SOAL HATI

Rasullah S.A.W telah bersabda:

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


Salam Mahabbah buat semua teman yang sedang mempersiapkan "senjat-senjata" untuk menghadapi peperangan yang bakal tiba.

Daripada hadis Rasulallah yang tercinta ini jelas menunjukkan kepada kita betapa peri pentingnya untuk menjaga hati ini daripada dicemari.Hati merupakan lubuk keimanan seseorang serta menentukan baik buruk amalannya pada masa hadapan.Daripada hati ini akan timbul kasih sayang sesama manusia dan dari sini juga lahirnya sikap iri hati,bongkak, takabbur dalam diri manusia.

Indahnya apabila mempunyai hati yang merindui serta berkasihan sesama muslim kerana Allah taala.Terasa indahnya hidup secara berjemaah dan terasa kekurangan apabila ahli jemaahnya tiada disisi.Indahnya hidup berjemaah apabila kita kesusahan mereka membantunya,apabila kita kesunyian mereka sanggup meluangkan waktu untuk kita,apabila kita kesedihan mereka menjadi penenang bagi kita.Mahalnya ukhuwah ini dan tidak dapat dinilai walaupun dengan sebukit emas.Manisnya ukhuwah ini terasa rindu apabila ketiadaanya.Adanya membuat kita rasa beruntung kerana kita mengetahui betapa mahalnya harga ukhuwah ini.Harus diingat bahawa tiada ubat yang dapat meghilangkan rasa rindu kepada teman yang sejati.

Semoga hati kita menjadi hati yang suci yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah Taala ini.

p/s:terasa bosan lak md nor takder sebab dia bawa laptop dia balik zaqziq.nak main game kat laptop sapa ni?huhuhu.Si razi pun dah balik..duk sorang lah dalam bilik ni.oleh tu meilah dtg umh rabaah ni..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP