KISAH GOTONG ROYONG

Jam 8 pagi kami bergerak ke Bakri batu 5 untuk gotong royong sebelum pembukaan PASTI Bakri pada 18 Januari ini.Walaupun tenaga yang hadir pada gotong royong tersebut tidak lah seramai mana,namun tetap meriah dengan gelak ketawa.

Agak membimbangkan keadaan jiran sebelah yang suka membuka muzik yang kuat.Ada harapan budak-budak PASTI ni mempunyai "pelajaran luar silibus" secara percuma..

Setelah beberapa jam gotong royong,Hj Salleh (Pengarah PASTI kawasan tersebut)keluar untuk mengambil juadah di rumah.Setelah beberapa minit Haji Salleh membawa cawan dan biskut.
"Biskut dengan cawan je haji.Airnya mana?
"Ada sekejap lagi anak saya bawa."

Tidak lama selepas perbualan ini terdengar bunyi dentuman di jalan besar.
"anak hj salleh kemalangan kat depan"
Semua terus ke jalan besar.

Abg Rahman (Ketua Pemuda Bakri) terus ambil kereta untuk memastikan anak Hj Salleh selamat dibawa ke Hospital.Dalam masa yang sama kereta yang langgar anak Hj Salleh melarikan diri.Masing-masing dah hilang sabar.Memang tak patut pun kalau dah langgar anak orang selepas itu melarikan diri.Tapi yang mengagumkan saya Hj Salleh tetap sabar dengan apa yang terjadi.Sedikit kerisauan tidak terbayang diwajahnya.Hanya kuntuman senyuman terukir setiap kali berbual dengannya.Tabahnya Hj Salleh,sudahlah anaknya dilanggar,orang yang melanggar anaknya melarikan diri.Dari mana datangnya ketenangan dalam dirinya?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP