SEHARI BERSAMA ULAMA
TAFAQQUH ILMIAH
BERSAMA
HABIB UMAR BIM MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ
YANG DIPERTUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DARUL MUSTAFA, HADRAMAUT, YAMAN

Tarikh :26 Muharam 1431 bersamaan 12 Januari 2010
Tempat :Dewan Muzakarah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
Anjuran :Jabatan Mufti Johor

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah serta selawat dan salam buat Nabi Junjungan S.A.W serta para pengikutnya sehingga hari kiamat.
Hari ini diberi keizinan oleh Allah untuk mendengar kuliah yang disampaikan Al-Alamah Habib Omar di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.Sudah lama diri ini tidak diisi dengan nasihat-nasihat para ulama.Situasi yang berbeza di Mesir yang mana setiap hari cukup mudah untuk mendengar kalam-kalam yang mulia dari ulama muktabar.
Suasana majlis yang cukup ringkas tetapi padat dengan dengan ilmu.Kehadiran Al-Alamah sudah cukup sebagai motivasi bagi sesiapa sahaja yang mengenalinya.Beberapa perkara yang ditekankan oleh Al-Alamah Habib Omar yang perlu diambil ihtimam oleh para pendakwah ialah jangan menjadi seseorang yang "Alim Munafik" iaitu orang yang alim dari segi percakapannya tetapi munafik dari segi perbuatannya.Orang yang seperti ini juga tidak akan menjaga konsep ilmu bahkan akan mencemar kesucian Islam itu sendiri.
Perkara lain juga yang ditekankan oleh Al-Alamah Habib Omar ialah konsep menjaga adab dalam mengeluarkan fatwa dan tidak merendah-rendahkan orang lain sekiranya pendapat kita berlainan dengan mereka.Kisah Ulama terdahulu membuktikan bahawa mereka mengambil Ilmu dengan menjaga adab dan tidak memperlekehkan orang lain.Menekankan sifat tawadhuk sebagaimana ulama terdahulu dalam megeluarkan fatwa seperti Imam Malik dan sebagainya.Al-Alamah Habib Umar juga mengingatkan supaya ilmu kita ditingkatkan dalam masa yang sama tidak meninggalkan konsep Tazkiah dalam diri kita
Banyak lagi nasihat yang diberikan oleh Al-Alamah Habib Umar.Majlis ini bukan sahaja menghimpunkan antara kami dengan ulama bahkan menemukan saya dengan beberapa sahabat karib yang dah lama tidak berjumpa.Majlis yang bukan sahaja mencambahkan ilmu bahkan menghubungkan silaturrahim sesama kami.
Terima kasih kepada pihak sekolah yang menghantar saya sebagai wakil SMA Parit Subari.(Baca:sebenarnya aku yang nak pergi sangat hehehe..)Kalau tidak mesti terlepas peluang keemasan ini.Sayang betul tertinggal kemera semasa majlis tadi...

0 comments:
Post a Comment