CERITA TENTANG USRAH
Alhamdulillah Segala puji bagi Allah yang mencipta segala apa yang ada dibumi dan dilangit.Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para pengikutnya hingga hari kiamat.
Apabila berbicara tentang usrah maka akan ada terdapat perbezaan suasana Usrah yang dijalankan antara di Mesir dan di Malaysia.Sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bagi persediaan mereka yang berada di Mesir sebelum pulang ke Malaysia iaitu:
1)Di Mesir kalau terlambat datang ke usrah mungkin satu kebiasaan tapi di Malaysia sekiranya anda yang datang lambat maka akan ada yang bersuara "ustaz pun datang lambat!".
2)Di Mesir masuk usrah tapa membuat persediaan pun tidak mengapa tapi di Malaysia sekiranya anda tidak bersedia alamat rendahlah kredibiliti anda.
3)Di Mesir anda berusrah dengan rakan sebaya.Mudah untuk mengeluarkan pendapat dan bergurau senda tapi di Malaysia anda mungkin akan berusrah dengan yang lebih tua dari anda.Oleh itu jaga tutur kata supaya dapat megelakkan daripada menyinggung perasan orang.
4)Manhaj di Mesir mungkin banyak seperti Al Quran,Hadis,Sirah dan Isu-isu semasa.Di Malaysia kebanyakan hanya membawa satu atau dua pengisian sahaja.Itupun ramai yang tidak hadir.
5)Di Mesir jarang mendengar soalan "Sampai bila usrah ini?".Di Malaysia anda perlu bersedia jawapan apa yang patut diberi.
Semoga kita dapat mengambil kesempatan dari masa yang ada...

0 comments:
Post a Comment