SI "JUARA RAKYAT"

(Sekadar hiasan.)

Isu Kalimah


Bergempitalah suara mengatakan Kalimah ini untuk kami sahaja.Tidak boleh untuk yang lain.kita perlu membantah dan berdemo untuk mempertahankan Kalimah ini.Kalau dahulu mereka membantah orang berdemo kali ini mereka halalkannya.Apabila suasana tidak aman maka mereka kata "bersabar... jangan emosi".Mereka bersungguh-sungguh mempertahankannya.Alangkah bagusnya sifat mereka ini tetapi bagaimana pengamalan syariatnya?

Isu "Pulau".

Sejak akhir-akhir ini kepimpinan "pulau" ini selalu dipertikaikan dan ditohmah dengan pelbagai isu.Isu kepimpinan perdana menteri "pulau" ini diulas bagaikan seseorang yang terlalu zalim dan tidak berperikemanusiaan.Ditambah lagi dengan isu "perarakan".Kenapa dibatalkan?Ini satu kezaliman bagi agama kami!.Ini satu diskriminasi kepada agama kami!.Mereka cukup marah dengan isu ini walaupun hudud mereka tolak.Rasuah amalan mereka.Mereka tidak faham mana yang wajib dan sunat.Seperti Abu Jahal yang memuliakan kelahirannya tetapi tidak redha dengan ajaran anak saudaranya.Apabila wujud suasana tidak aman nanti mereka akan mengatakan lagi "bersabar..jangan emosi".

Isu buang anak.

Isu lama yang berulang kembali,mewarnai kehidupan kita hari ini.Semua pihak mencadangkan pelbagai kaedah untuk mengatasinya.Akan tetapi dimana kaedah yang diberikan sebelum dari ini?.Isu ini bukan isu baru.Tidak ketinggalan si "Juara Rakyat" turut bersedia membantu isu ini.Semoga usaha kalian dirahmati Allah.Cuma cadangan saya insan yang kerdil ini ialah masalah ini boleh diatasi atau dikurangkan dengan syarat kita kembali kepada syariat Allah dan Rasulnya.Ingatlah akal manusia ini terlalu kerdil bagi mengatasi Syariat Allah Ta'ala.

Semoga kita tidak tersesat di dunia dan akhirat..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP