GURU SAYA BERPESAN LAGI.

Nafsu kita ini mempunyai bermacam keburukan . Sebab itulah digelar musuh tegar nombor satu oleh Nabi SAW kerana ia mempunyai ciri-ciri :
  • Ketakburan Iblis Durjana
  • Hasad dengki si Qabil
  • Keterlampauan kaum 'Ad
  • Pelanggaran perintah kaum Tsamud
  • Keangkuhan Namrud
  • Kezaliman Firaun
  • Kerakusan Qarun
  • Kesesatan Haman
  • Kedahagaan nafsu Bal'am
  • Kelicikan kaum sabtu Nabi Isa
  • Kebodohan Abi Jahal
  • Kedegilan Al Walid yang akhirnya dibunuh oleh tangan Nabi sendiri
Bukan itu sahaja, ada kemiripan sifat-sifat binatang dalam nafsu kita :
  • Gelojoh bagai gagak
  • Selekeh bagai anjing
  • Perasan bagai merak
  • Bengkeng bagai biawak padang pasir
  • Iri hati bagai Unta
  • Rakus bagai harimau bintang
  • Haloba bagai singa
  • Pengotor bagai tikus
  • Licik bagai ular
  • Berpoya-poya bagai monyet
  • Pengutip bagai semut
  • Penipu bagai musang
  • Pemalas bagai beruang

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP