PESAN GURU SAYA.

Tersebutlah kisah di sebuah rumah yang mempunyai satu lobang besar telah didiami oleh seekor ular. Ular ini boleh bertelur ketulan emas. Tuan rumah akan mengambil ketulan emas ini dan dijual untuk keperluan dan kesenangan keluarganya. Ahli rumah ini telah bersepakat untuk menyembunyikan hal ular ini dari pengetahuan orang ramai kerana takut ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ular tersebut.

Suatu malam ular tersebut keluar dari lobangnya dan merayau di kandang kambing kepunyaan tuan rumah. Ular tadi telah mematuk kambing tadi hingga mati. Keesokan harinya,apabila tuan rumah mendapati kambingnya sudah mati maka timbul rasa kerisauan dan berhasrat ingin membunuh ular itu. Namun memikirkan habuan yang ia dapat dari ular itu maka niatnya untuk membunuh ulat itu dipendamkan saja.

Suatu malam yang lain ular itu menyelinap masuk ke kandang keldai dan mematuk keldai hingga mati. Keesokan harinya, tuan rumah melihat mayat keldai kaku di kandangnya. Timbul kembali rasa ingin membunuh ular itu di hati tuan rumah. Namun apabila dicongak hasil yang ia dapat, akhirnya dilupakan sahaja apa yang berlaku.selepas kejadian ini tiada lagi berlaku kematian. Tuan rumah sangat suka dan lupa peristiwa lalu.

Genap setahun selepas kejadian itu, suatu pagi tuan rumah dapati sekujur tubuh hambanya menjadi kaku di tempat tidurnya.Dengan kejadian ini, tuan rumah nekad untuk membunuh ular tetapi si ular tadi telah mendengar hasrat tuan rumah lalu menghilangkan diri. Maka amanlah rumah tadi dari ancaman ular tersebut.

Namun setelah beberapa lama, tuan rumah merasakan kehilangan akan ular yang banyak memberi keuntungan kepadanya. Lalu ia pun bersuara, kalaulah ular itu datang semula maka aku tidak akan membunuhnya lagi.Rupanya kata-kata itu didengari oleh ular tersebut. Lalu ia muncul dan dibiarkan tuan rumah untuk kembali ke tempatnya.

Suatu malam ular itu menyelinap masuk ke bilik isteri tuan rumah dan terus mematuk isteri tuan rumah hingga mati. Bila tuan rumah dapati isterinya sudah mati ia menyesal dan terus pergi ke lobang ular tersebut. Akan tetapi tuan rumah tidak menjumpai ular itu. Ia menjumpai seketul mutiara yang cantik di tempat ular itu diam. Lalu timbul rasa tamak dalam hatinya dan berkata ia dalam hati " Ular ini semakin lama semakin bertelurkan suatu yang berharga, jika aku simpan lama sikit lagi tentu aku akan dapat mutiara yang lebih mahal harganya.Selepas itu aku akan membunuhnya tanpa teragak-agak". Lalu ular itu dibiarkan oleh tuan rumah.

Akan tetapi selang beberapa hari ular itu menyelinap masuk ke bilik tuan rumah dan mematuknya hingga mati.

Ular ini telah lama mendiami dalam diri kita semua...fikir-fikrkanlah


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP