SATU PENDAPAT- (MEMBENDUNG PEMIKIRAN LAMA)

Hati kurang senang ketika membaca satu artikel di dalam Utusan 7/1/2007 dimana temubual bersama Dr Asri,Mufti Kerajaan Perlis. Saya ingin memberikan beberapa pendapat yang mungkin kurang menyenangkan berdasarkan beberapa pandangan daripada Dr Asri.
KENYATAAN PERTAMA:

"Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk. Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti saya tengok di laman web pembangkang, ertinya kalau memerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untuk mengetahui jenayah dan maksiat orang lain."

Benar segala kemungkaran wajib untuk kita benteras,namun dari kenyataan yang diberikan Oleh Dr Asri mengapa pembangkang disebutkan dalam kenyataannya?Adakah beliau bercakap atas dasar ahli politik ataupun seorang mufti?.Untuk menghalang maksiat yang terbuka seperti merompak,mencuri dan berjudi SEMESTINYA jangan tanya pembangkang TAPI TANYALAH KEPADA PEMERINTAH untuk mengatasinya.Memang benar tajassus / mengintai tidak dibenarkan oleh Islam akan tetapi didalam kitab Ahkamus Sultaniah oleh Al-Mawardi...dalam hal menegah kemungkaran misalnya terbahagi kepada 2 keadaan :-
1/Dalam keadaan terangan2 - Wajib ditegah dan disoal dahulu sebelum diambil tindakan. Contohnya,seseorang yang makan dikhalayak ramai dalam bulan ramadhan,kerana boleh jadi dia seorang musafir atau terdapat keuzuran yangmembolehkan ia berbuka puasa...dalam hal ini para ahli hisbah tidak boleh terus menghukum orangini,tetapi menasihatinya agar tidak makan secara terangan2.

2/Dalam keadaan yang tertutup - dalam hal ini tidak boleh mengintip atau bertajassus kecuali dalam beberapa keadaan seperti terdapat tanda2 yang jelas yang menunujukkan terdapat aktiviti maksiat ditempat tersebut seperti rumah pelacuran yang memang diketahui ramai, begitu juga jika terdapat berita dari seseorang yang diyakini kebenarannya yang memberitahu bahawa terdapat sepasang lelaki dan perempuan didalam sebuah rumah utk berzina atau terdapat seorang lelaki bersama lelaki lain ditempat tertutup dgn tujuan utk membunuhnya, maka dalam hal ini ahli hisbah boleh menyiasat atau bertajassus utk mencegah kemungkaran yang bakal berlaku.

KENYATAAN KEDUA

"Senario itu kini sudah berubah. Sebab itu, jangan asyik nak menghukum orang murtad. Kalau benar murtad, tanya siapakah yang secara tidak langsung menyebabkan mereka murtad. Jawapnya, sikap golongan agama yang suka menyusahkan orang lain.Contoh, pada bulan Ramadan banyak fatwa tentang batal puasa sedangkan bukan senang nak batal puasa. Kita suka ke arah menyusahkan. Sebab itu saya berkempen memudahkan fikah, ajar fikah secara mudah difahami dan didekati."

Soalan saya untuk Dr Asri.. Adakah salah untuk kita menghukum orang yang Murtad?Mengapa orang yang menjalankan hukum Allah terhadap mereka yang murtad dipertikaikan?.Saya juga tertanya apakah fatwa yang "terlalu banyak" tentang batal puasa sehingga menyusahkan orang lain.Feqah Islam memang untuk memudahkan umatnya sesuai kedatangan Islam sebagai rahmat kepada umat manusia akan tetapi JANGAN TERLALU BERMUDAH-MUDAH DALAM FEQH.

KENYATAAN KETIGA

"Khalwat bukan zina. Tuduhan zina perlu dibuktikan dengan empat orang saksi. Khalwat baru tuduhan bersekedudukan dan selalunya dilakukan secara bersembunyi. Maknanya mereka TAKUT. Ini berlawanan dengan mereka yang melakukan maksiat secara terbuka di tempat awam seperti berpelukan lelaki dan perempuan bukan mahram, membeli nombor ekor, berjudi dan sebagainya."

Wahai Dr Asri kalau mereka TAKUT akan Allah dan azabnya diakhirat kelak mereka bukan bersembunyi dalam melakukan maksiat malah mereka wajib meninggalkannya atas dasar perintah agama Islam itu sendiri.Apa bezanya antara kemungkaran yang tersembunyi dan yang terbuka. Bukankah dalam Shahih Muslim (hadis no: 49) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kita melarang kemungkaran di mana saja kita menemuinya:

Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.
Cadangan saya untuk menghalang gejala maksiat daripada terus berleluasa ialah laksanakan Undang-undang Islam 100%. Untuk itu kalau benar Dr Asri ingin menghapuskan maksiat yang sedia ada bantulah dalam melaksanakan Hukum Allah di Malaysia.

KENYATAAN KEEMPAT

"Isunya bukan menghalang banteras khalwat tetapi prosedur dalam membuat tangkapan termasuk intipan. Ada kira-kira 50 tugas penguat kuasa agama termasuk menahan orang yang tidak sembahyang Jumaat tetapi mengapa khalwat sahaja berjalan?"

Barangkali Dr Asri sudah lupa kes di Selangor seperti penahanan beberapa induvidu oleh Bahagian penguatkuasa atas dasar untuk menghidupkan kembali Al Arqam yang telah diistiharkan sesat oleh Jawatankuasa Mufti.Banyak undang-undang yang dijalankan selain daripada menangkap mereka yang berkhalwat seperti MEROBOHKAN MASJID,MENARIK TAULIAH MENGAJAR DI MASJID dan hukuman yang berat juga dikenakan seperti menahan dengan tanpa dibicarakan (ISA).Mungkin perlu untuk kita bentangkan buat Dr Asri.

Sekadar pendapat dari insan yang daif...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP