TAZKIRAH DI TAHUN BARU

"Lebih 100,000 orang dipindahkan di semua lapan daerah sehingga malam tadi dalam banjir kali kedua di Johor – angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah bencana itu di negara ini."-(BERITA HARIAN 15/1/2007)

"Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia pula memberi amaran banjir di Johor mungkin bertambah buruk kerana hujan lebat tanpa henti dijangka berlaku sekurang-kurangnya tiga hari lagi."-(BERITA HARIAN 15/1/2007)

"Semua jalan darat ke Kota Tinggi dari Johor Bahru, Mersing dan Kluang terputus sama sekali. Kota Tinggi kini hanya dihubungi dengan helikopter."-(UTUSAN 15/1/2007)

BUAT MANGSA BANJIR....

Perjalanan hidup penuh ujian
Perjuangan suci banyak rintangan
Segala mehnah yang mendatang
Tak siapa mampu menghalang
Kerana itu ketetapan dari Tuhan..

Janganlah mengeluh bila kesulitan
Janganlah menyampah bila kebosanan
Janganlah berputus asa bila keperitan
Janganlah berdukacita bila kegagalan

Mengapa negatif sedemikian
Mengapa takdir yang disalahkan
Mengapa persekitaran yang dihukum
Mengapa kekurangan yang dipersoalkan

Mungkin itu hanya sekadar ujian
Mungkin itu baru sedikit peringatan
Mungkin itu petunjuk kelemahan
Mungkin itu pengkhilaf dosa kesalahan

Marilah disusuri dengan ketabahan
Marilah dilawan dengan kecekalan
Marilah dirawat dengan muhasabah
Marilah diubati dengan istighfar

Astaghfirullah…atas segala dosa
MasyaAllah…lemahnya diri hamba
Subhanallah…kasihnya Tuhan kita
Alhamdulillah…peluang masih terbuka
Allahuakhbar..marilah kita bangkit semula

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP