SEKADAR BERCERITA...

CERITA SATU:


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam :Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak ada nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil saja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. rasa nakbunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi seorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

CERITA DUA

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.
Kata professor “Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa”.Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata,

“Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya.”
“Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan” balas orang itu.

CERITA TIGA

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapaberat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik seorang-seorang.. jangan ramai- ramai!”

CERITA EMPAT

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.Dia bertanya, “Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri”.Semua pelajar diam. Ada yang senyum.Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: “Oooh….Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?”
Pelajar:Bukan….sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP