CADANGAN UNTUK AHLI ROMBONGAN MAIJ KE MESIR
Selamat datang saya ucapkan buat ahli rombongan MAIJ ke bumi Mesir.Kedatangan Y.B Dato serta ahli rombongan kebumi Mesir sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang kami tanggung khususnya dalam urusan zakat dan sebagainya.
Ada beberapa cadangan saya bersempena Majlis Ramah Mesra bersama Y.B Dato dan ahli rombongan ke Mesir ini.Antaranya:
1.Pemberian RM 10 ribu ke Jabatan Penuntut Malaysia sebagai sumbangan Kebajikan diberikan kepada Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir.Kita melihat kedatangan Pegawai Kebajikan ke bumi mesir dengan tidak diberikan peruntukan yang khusus untuk menjana kebajikan anak-anak Johor di bumi Mesir ini sedikit sebanyak menganggu kelancaran tugas serta peranan yang akan beliau mainkan nanti.
2.Baik pulih Asrama Pelajar Johor yang lama secepat yang mungkin.Untuk makluman ahli rombongan keadaan Asrama Pelajar Johor yang lama terlalu daif dan memerlukan perhatian yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
3.Persatuan anak negeri yang sedia ada (Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir) haruslah dilayan sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan segala kenyataan rasmi mengenai anak-anak Johor di Mesir hendaklah mendapatkannya dari pihak persatuan dan bukan dari pihak yang tidak berkewajipan.Segala khabar angin seharusnya tidak dilayan selagi mana tidak mendapatkan pengesahan daripada pihak persatuan.Ini untuk megelakkan pertindihan maklumat dan sebagainya.
4. Melengkapkan kemudahan di Asrama Pelajar Johor di Rab'ah seperti pusat sumber berintenet untuk kemudahan pelajar mendapatkan maklumat mengenai malaysia khususnya negeri Johor sendiri.
Semoga lawatan Y.B Dato serta ahli rombongan dapat melihat sendiri kehidupan anak-anak Johor di bumi Mesir serta dapat membantu untuk meringankan beban kami ini.

0 comments:
Post a Comment