DEDIKASI BUAT SEORANG SAHABAT
Assalamualaikum buat sahabat yang diingati selalu.Semoga berada dalam rahmat Allah dan terlindung daripada gangguan mahkluk yang terkutuk.Sahabat,
Saya dapat merasakan kepayahan yang dialami oleh sahabat sekarang ini.Wakaupun pepatah ada mengatakan "berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul".Sahabat yang daku kenali ini cukup berjiwa lembut pada hari ini menghadapi pelbagai tribulasi untuk mendapatkan haknya sendiri.Namun di sebalik kelembutan jiwa yang sahabat miliki juga terselit sifat berani dan tabah menghadapi sesuatu isu.
Saya teringat peristiwa sesama kita berada dibumi mesir dahulu apabila saudara ditaklifkan sebagai Badan Pengurus PMRAM jiwa kecil ini begitu tersentak.Adakah boleh sahabat memikul tanggungjawab ini?Namun sahabat sudah membuktikan bahawa sahabat merupakan seseorang yang layak untuk berada di tempat tersebut.Pada pandangan saya sebagai ahli, sahabat pernah menjadikan diri sahabat sebagai lilin yang sanggup membiarkan orang mentohmah diri sahabat dengan berbagai isu demi untuk memastikan anak-anak buah yang berada dibumi Mesir mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh pihak PMRAM.Terus terang untuk saya mengatakan saya KAGUM dengan jatidiri sahabat.
Di zaman saya ditaklifkan untuk menjadi Yang Dipertua BKPJM dan sahabat juga ditaklifkan sebagai Ahli Lembaga Penasihat BKPJM ketika itu, sahabat pernah pulang ke Malaysia dalam keadaan yang tergesa-gesa.Saya bertanya didalam hati kecil ini adakah saya menyinggung perasaan sahabat sehingga membuatkan sahabat pulang dalam keadaan tergesa-gesa.Terus terang untuk saya mengatakan bahawa dari saat itu saya belajar memuhasabah diri dan sahabatlah guru saya ketika itu.Terlalu banyak kenangan sahabat dengan saya sehingga memberi kesan dalam hidup saya ini.
Tidak cukup dengan isu yang sahabat hadapi ketika memegang kepimpinan peringkat PMRAM satu ketika dahulu,kini sahabat diuji lagi.Tidak ada kata lain yang dapat saya ucapkan melainkan sahabat bersabar dia atas apa yang berlaku.Lihatlah sejarah sahabat-sahabat Nabi yang terdahulu,semoga kita dapat mengambil iktibar dari tauladan yang mereka tunjukkan.Semoga Allah membantu sahabat di dalam mendapatkan hak sahabat dan yang paling penting untuk memberi kesedaran kepada semua insan bahawa ada tuhan yang memerhatikan tingkah laku mereka.
Semoga Allah merahmati sahabat.

2 comments:
Sahabatku Hairi,
Terima kasih di atas artikel ini yang menyentuh hati saya.
Sesungguhnya kepulangan saya dalam waktu tergesa-gesa pada tahun 2007 bukanlah disebabkan oleh BKPJM atau sekitarnya.
Peristiwa ini telah diketahui oleh beberapa orang kepimpinan PMRAM.
Barangkali waktu itu saya terlalu kerdil untuk mengenal erti pengorbanan lantas saya pulang segera kerana merajuk hati.
semoga allah memelihara anda..amin
Post a Comment