KEBERSAMAAN DALAM MENCORAK KEMENANGAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W serta para pengikutnya sehingga hari akhirat.


Pada hari ini diberi keizinan oleh Allah S.W.T untuk keluar dari negeri Johor sebentar.Melihat keagungan Allah ditempat yang lain.Namun perjalanan kali ini mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat yang terlebih dahulu menyelesaikan pelajaran mereka berbanding saya.Terasa rindu untuk bersama mereka.Berbual bergurau sepertimana di Mesir.Bertanya khabar tentang perkerjaan mereka serta mengutip pengalaman sosial mereka bersama masyarakat.Tentu menyeronokkan,lain orang lain caranya.

Bercakap mengenai pengalaman sosial bersama masyarakat teringat kalam Ust Nasaruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat).Hari ini kita ingin melihat kemenangan Islam dibumi Malaysia akan tetapi di mana kebersamaan warga Azhari di dalam memastikan kemenangan ini?Senario hari ini melihat bahawa peranan warga Azhari cukup besar untuk memimpin ummah pada masa hadapan.Warga Azhari perlu menyedari bahawa mereka perlu memimpin BUKAN dipimpin, menjadi pembimbing BUKAN di bimbing.Kerja ini bukan boleh dilaksanakan secara induvidu akan tetapi melalui jemaaah.

Tekanan dan kritikan selalu diberikan kepada warga Azhari kerana mengambil enteng perkara ini.Sehingga ada yang menganggap warga Azhari hanya pandai cakap dan jauh dari dunia realiti.Akan tetapi Tuan Guru Ust Haron Taib mempunyai persepsi yang berlainan akan perkara ini.Beliau cukup membela warga Azhari sekiranya tohmahan ini diberikan kepada warga Azhari.Kemungkinan pada pendapat saya perkara ini bukan berlaku kepada warga azhari sahaja malahan dunia Islam hari ini mengalami masalah yang serupa.

Apapun perjalanan kali ini cukup mengingatkan saya akan tanggungjawab kita dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama dalam perjalanan kali ini.Terima kasih untuk ust Syafiq yang menawarkan tempat penginapan akan tetapi tidak dapat kami memenuhi hajat ust.Jangan lupa perbincangan kita ust...cepat-cepat kahwin.kerja dah ada.kereta dah ada tunggu apa lagi tu? :-)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP