CEBISAN PENGALAMAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi.Selawat dan salam buat Rasul Junjungan serta para pengikutnya hingga hari akhirat.
21 Disember 2009
4.30 ptg :Satu panggilan di terima minta tolong ganti bagi kuliah kerana ust yang kebiasaanya memberi kuliah di tempat tersebut balik kampung.Telefon selepas asar minta ganti kuliah lepas maghrib apalah yang nak cerita kat orang ramai ni.Tawakal aje lah cari bahan dalam kitab sikit-sikit.
4.35 ptg :Kena ambil emak pulang dari kerja dalam masa yang sama masih cari bahan nak bagi kuliah.Lepas ambil emak kena pulak pergi pasar.
6.30 ptg:Baru sampai rumah, ada tamu datang rumah.Mula rasa pening nak buat apa ni. Nak ditinggalkan tamu tak elok pulak nak minta izin tak dapat hadir kuliah kesian pula.Kesian kat tetamu saya kena ikut pergi tempat kuliah.
7.30 mlm :Sampai ke tempat kuliah.Dengupan jantung semakin kencang.Apa pasal pulak ni.Jangan lupa isi penting cukuplah.
8.45 mlm :Selesai bagi kuliah.Pengerusi majlis dengan senang hati mengambil pembesar suara dan mengumumkan:"Insyallah kita akan bersama-sama dengan ust pada minggu-minggu yang akan datang." (Baca:akukan ganti orang je ni.apsal pulak kena bagi minggu-minggu depan ni) .
Kadang-kadang banyak benda berlaku berada di luar jangkaan kita.Namun sampai bila untuk terus memberi alasan mengatakan diri kita ini lemah.Pengalaman memberi kuliah dengan orang yang lebih tua dari kita merupakan satu pengalaman yang cukup mengerikan kalau tidak bersedia.Persediaan dari segi ilmu untuk memberi dan adab berhadapan dengan mereka.Dari segi ilmu kita bercakap pada benda yang betul dan tidak dapat dinafikan akan tetapi apabila kita tidak beradab dalam menyampaikan perkara tersebut akan menyebabkan mereka dari dari kita.
Cadangan saya untuk mereka yang berada dibumi mesir:
1)Cuba untuk bercakap dihadapan orang ramai sama ada memberi tazkirah, ucapan umum dan sebagainya.Sekiranya anda tidak biasa maka anda akan gemuruh dan lupa isi yang ingin disampaikan.
2)Kumpul kitab-kitab kecil sebagai pencarian tajuk-tajuk mudah dalam memberikan tazkirah.Tazkirah dan mengajar kitab adalah sesuatu yang berbeza bagi saya.
3)Kurangkan ego dan belajarlah bermasyarakat supaya anda dapat diterima oleh orang ramai.Usahlah berbangga dengan kedudukan anda sebagai mahasiswa/siswi dari Mesir.Sifat merendah diri akan membuatkan anda disenangi oleh orang ramai
4)Belilah PDA.Segala pengisian yang ada terima boleh disimpan di dalam PDA dan sekiranya anda didesak untuk memberikan sebarang pengisian, anda hanya perlu mengulangi pengisian yang pernah diberikan kepada anda. (Baca:kalau boleh beli HTC yek hehehe..).Anda mungkin boleh kata simpan dalam buku nota tapi kadang-kadang pengisian yang kita dapat dimerata tempat.Maka PDA adalah alat bantu mengajar yang cukup sesuai.Betul tak Ust Zanki?

1 comments:
salam,
Tazkirah maghrib. Mabrukla ust hairi. Takpe, pengalaman mengajar kita.
Bab beli PDA tu... huhuhu
Post a Comment